fbpx

Bisnes & AI: Strategi Digital Masa Kini

AI – Kunci Strategi Digital

Salam hormat pada semua pembaca

Kali ni saya nak share dengan anda pengalaman dalam mendapatkan jualan melalui database yang diperolehi dari beberapa channel marketing. Dalam proses membuat jualan anda perlu ada strategi dengan memulakan mengumpul database sebanyak mungkin. Tapi ingat! yang berkualiti sahaja

Kenapa yang berkualiti sahaja? sebab kita nak yang masukd alam kolam kita adalah mereka yang sangat memerlukan apa yang kita tawarkan. Kalau tidak mereka akan krik krik bila berada dalam kolam tersebut. Apa itu KOLAM? kolam ni adalah nama panggilan untuk tempat mengumpul prospek atau bakal pelanggan anda di satu tempat. Dalam artikel ini kita fokus kepada kolam Telegram dan Whatsapp.

Untuk membawa mereka ke kolam kita, anda perlu bersedia beberapa plan untuk membawa masuk mereka dalam telegram atau whatsapp. Di dalam gambar rajah di bawah anda boleh lihat bagaimana saya susun strategi dari mula hingga dapat buat jualan. Ini adalah kisah benar dari pengalaman dan juga ilmu dari guru yang mengajar saya.

Saya tidak ingin menerangkan secara detail dalam gambar rajah ini kerana ia memerlukan masa yang agak panjang. Oleh itu saya ringkaskan sahaja apa yang inigin dikongsikan supaya anda mudah faham untuk lalukannya.

Untuk mendapatkan ramai prospek masuk kek kolam anda, anda perlu kepada marketing. Marketing ni adalah untuk memberitahu kepada bakal prospek anda yang anda ingin tawarkan sesuatu kepada mereka dengan mengumpan intensif kepada mereka.

Apa pula intensif? intensif ni adalah sesuatu yang PERCUMA untuk diberikan kepada bakal prospek sebelum mereka terjun masuk dalam kolam anda. Apa contoh yang sesuai untuk diberi kepada bakal prospek ni? yang biasa saya lakukan adalah ebook percuma atau ecourse dalam bentuk video. Saya memilih 2 jenis ini kerana ia tidak memerlukan kos

Jadi untuk permulaan sediakan 20 mukasurat paling minimum untuk ebook percuma dan sekurangnya satu video panduan yang boleh digunakan oleh bakal prospek anda. Apabila mereka bersetuju atau minat dengan apa yang anda tawarkan maka mereka akan terus masuk ke kolam anda tanpa banyak cerita

Apabila mereka sudah masuk ke kolam anda, anda perlu memulakan startegi seterusnya iaitu built relationship. Apa yang nak dihubungkan anda dengan prospek anda yang dah ada tu? untuk ini anda perlu sediakan konten yang berkaitan dengan apa yang anda ingin jual. Tapi ingat! untuk permulaan ini anda hanya perlu kongsikan ilmu, tips, cara yang sesuai supaya mereka tahu apa yang mereka tidak tahu mengenai anda atau produk anda.

Pada waktu ini anda dilarang sama sekali menjual. Anda hanya perlu berikan konten percuma. Saya ambil contoh jika anda menjual pencuci muka. Anda hanya perlu tunjukkan cara atau tips untuk cuci muka yang betul, kongsikan kandungan dalam pencuci muka. Nyatakan juga jika tidak mencuci muka setiap hari maka muka akan terdedah dengan kotoran dan menyebabkan jerawat dan jeragat.

Selepas seminggu atau dua minggu berkongsi di kolam anda sudah tiba masanya untuk anda mejual. Anda perkenalkan produk anda yang boleh selesaikan masalah prospel anda tadi. Buat tawaran kepada prospek kolam anda dengan cara seperti pembelian terpantas dapat free gift, 10 pembelian terawal mendapat private coaching percuma dan sebagainya

Teknik yang saya kongsikan tadai adalah salah satu startegi yang saya gunakan sejak 2015 lagi untuk menjual. Setiap hari saya sarankan anda dapatkan prospek baharu dan ulang sahaja teknik yang dikongsikan sebelum ini supaya anda akan sentiasa mendapat prospek dan jualan setiap hari

Jika anda ingin tahu secara lebih teknikal startegi ini anda boleh baca strategi ini di wasap marketing power. Banyak perkara anda akan belajar dan ramai yang sudah berjaya menghasilkan jualan melalui database dengan cepat dan mudah

semoga bermanfaat

Tagged:

LEAVE A RESPONSE

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts