fbpx

Bisnes & AI: Strategi Digital Masa Kini

AI – Kunci Strategi Digital

Cara kumpul database pelanggan dan boleh buat income berulangkali

Salam hormat para pembaca

Nak kumpul database pelanggan yang berkualiti sangat penting. Sebab itu sebelum kita kumpul database pelanggan pastikan kita kenal dulu siapa bakal pelanggan kita.

Teknik mengumpul database ada banyak platform, sama ada percuma mahupun berbayar. Berdasarkan pengalaman penulis, saya lebih banyak menggunakan cara berbayar untuk dapatkan database pelanggan kerana ianya cepat dan berkesan.

Namun pilihan pemasaran mendapatkan database pelanggan secara percuma juga itu adalah yang baik bagi yang nak bermula. Bagaimana nak mula untuk kumpul database pelanggan secara percuma ni?

Caranya adalah anda perlu berada di platform media sosial sama ada secara live, melalui status dan juga video rakaman yang ada untuk menarik mereka masuk ke satu tempat yang saya panggil sebagai kolam

Kolam adalah istilah bagi tempat untuk kita kumpul database pelanggan contohnya group Whatsapp, Telegram, Facebook Group dan lain-lain tempat yang sesuai. Untuk memastikan mereka masuk ke kolam anda, anda mestilah memberi tawaran yang percuma kepada mereka. Antara yang boleh diberi perucma adalah ebook, video, sample, ataupun apa sahaja yang dikira sesuai. Seeloknya yang percuma sahaja supaya anda tidak keluarkan kos untuk permulaan ini.

Ada juga yang menggunakan platform landing page (seperti gambar dibawah) untuk medapatkan database pelanggan seperti nama,email dan no telefon. Untuk landing page anda perlu sedikit ilmu membina website dan keluarkan kos. Ada yang percuma tapi anda juga perlu mahir dalam teknikal untuk menyiapkannya. Jadi anda pilih yang mudah dan senang sahaja untuk permulaan ini

Sebelum anda mulakan kerja kerja menarik masuk database pelanggan pastikan anda siap sedia dengan link jemputan terlebih dahulu seperti link whatsapp group atau Facebook group supaya mudah mereka untuk masuk berkumpul disitu.

Tidak lah susah untuk menarik mereka masuk ke dalam satu kolam kerana ianya hanya memerlukan sedikit skill yang semua orang boleh buat. Paling penting anda kena sebarkan link group anda kepada mereka yang betul betul minat supaya kerja anda ini tidak sia sia.

Selepas ramai berada dalam kolam anda atau dipanggil sebagai prospek, anda boleh mula untuk kenalkan diri dan berkongsi ilmu yang sesuai kepada prospek anda. Jemput mereka untuk hadir live anda di platform yang sesuai seperti You Tube, Facebook, Instagram mahupun Tik Tok. Anda dah boleh menjual bilaprospek anda dah ramai. Jangan bazir masa lagi sebab itu adalah kolam anda.

Jika anda nak tahu cara lebih sistematik untuk dapatkan seramai mungkin prospek anda cara yang lebih pantas menggunakan semua platform media sosial seperti Whatsapp, Telegram, Facebook, Instagram dan fbads anda boleh dapatkan panduan tersebut disini

Didalam panduan ini anda akan belajar mengenai

Ada bonus KHAS yang anda akan dapat

Anda boleh dapatkan panduan ni disini

Tagged:

LEAVE A RESPONSE

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts